Mar 23, 2010

PROFIL SKBT

SEJARAH SEKOLAH


  • Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi dibina di atas tapak ladang kelapa sawit Ladang Highland mula beroperasi pada 7 Januari 2002 terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang, Selangor.
  • Pada awal pembukaan hanya terdapat 18 orang guru dan 2 orang kakitangan pentadbiran dengan jumlah pelajarnya seramai 291 orang.
  • Menjelang 2003, bilangan pelajarnya mencecah 810 orang, dengan 33 orang guru dan terdapat 22 buah kelas. Terdapat tiga (3) blok utama iaitu Blok A, Blok B dab Blok C.
  • Pn. Hjh.Kamidah Bt Mohd Rantam merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini (2002-2003).
  • Guru Besar yang kedua ialah En. Ahmad Murad Bin M. Thani. (2004-2005)
  • Guru Besar yang ketiga ialah En. Ma’on bin Dasuki. (2005 – 2006)
  • Guru Besar yang keempat ialah En. Abas bin Bohilan (2006 – sekarang)
  • Pada awal pembukaan, terdapat 9 buah kelas yang dibuka. Jumlah ini meningkat kepada 31 buah kelas dan bilangan murid seramai 1050 orang pada tahun 2006.
  • Kini pada tahun 2009 terdapat 30 buah kelas dan seramai 1122 orang murid yang terdiri dari berbilang bangsa.


VISI SEKOLAH


MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG YANG SEIMBANG DARI
SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI, DAN INTELEK






PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami guru-guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang
dengan penuh tekad dan azam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh tanggungjawab
  3. Menentukan semua murid bersahsiah tinggi iaitu berdisiplin , bertanggungjawab serta menghormati ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  4. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar, bersikap adil terhadap murid-murid tanpa mengira faktor sosial, ekonomi dan keturunan.
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang sentiasa bersih, nyaman, indah dan harmonis ke arah pencapaian matlamat sekolah penyayang.
  6. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsive terhadap keperluan pelanggan dengan sentiasa memberi layanan yang saksama.
  7. Bersedia menerima pandangan dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan perkhidmatan dan prestasi sekolah





FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.