Mar 31, 2010

Mesyuarat PIBG 2010




Mesyuarat PIBG kali ke-8 Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi telah diadakan dengan jayanya.


Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh ibu bapa seramai 104 orang. Agenda majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Shamsul Ma'ruf dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar selaku penasihat PIBG SKBT. Kemudian ucapan oleh En. Kasinathan selaku Naib Yang dipertua PIBG SKBT. Yang DiPertua PIBG tidak dapat menghadirkan diri atas masalah keluarga yang dihadapi.

Seramai 43 murid yang mendapat 5A , 22 orang murid 4A 1B dan 3 orang murid 4A 1C telah mendapat saguhati berupa wang tunai daripada pihak PIBG.

Selepas aktiviti penyampaian hadiah, mesyuarat terus bermula. Pelbagai usul dan cadangan yang diberikan oleh ibu bapa bagi melancarkan lagi perjalanan SKBT.

Berikut dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Sebilangan IBUBAPA yang hadir



GPK sedang berbincang dengan salah seorang AJK PIBG

Sesi pendaftaran pelajar cemerlang UPSR 2009





Naib Yang Dipertua PIBG 2009/2010 En. Kasinathan

Ucapan oleh Tuan Guru Besar En. Abas Bin Bohilan



Ibubapa sedang mendengar perbincangan mesyuarat.

YDP PIBG 2010 En. Mohd Sabri bin Hamzah

En Sapari bin Abdullah juga AJK PIBG 2010

Pn Parimala antara AJK PIBG yang memberi cadangan penambahbaikan.