Dec 21, 2010

Book Shop SKBT

Perhatian kepada semua ibu bapa,kedai buku SK Bukit Tinggi telah mula beroperasi.Mohon kerjasama ibu bapa membeli buku-buku sekolah anak-anak dengan kadar segera untuk mengelak masaalah lain timbul kelak.Kerjasama anda amat dihargai.Terima Kasih.

Masa operasi adalah seperti berikut:

Setiap Hari isnin - Jumaat
(9.00 pagi - 1.00 tgh)

May 11, 2010

Sukan Tahunan kali ke-8 2010

Sukan Tahunan SKBT kali ke-8
Perbarisan

Rumah Kuning



May 10, 2010

Sukaneka 2010



4 Mei 2010(Selasa) telah berlansungnya majlis sukaneka 2010.Majlis ini telah berlansung dengan jayanya dan di rasmikan oleh En. Jaberi Bin Ami selaku Mantan YDP Pibg.Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya ialah lerek bola,mysponge bob,bawa bola pingpong dan sebagainya.Terima Kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan tahniah kepada semua pemenang.

Keputusan Sukaneka 2010

Tempat Pertama : Rumah Kuning (116mata)
Tempat Kedua : Rumah Hijau & Rumah Merah (72 mata)
Tempat KetigA : Rumah Biru (70 Mata)

Jom preview gbr2 yg telah di snap oleh jurugbar tegar skbt ketika majlis berlansung.

Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar

Align Center


Apr 25, 2010

Sukan ohhh Sukan!!!!!

Sukan..ohhh..sukan!!!Teringat pulak zaman2 sekolah dlu...
klu time sukan nie,semua mest bz,dr murid-murid sampai la ke cikgu nyer...dlu x perasan sgt sebenarnya,cikgu2 la yg plg bz..Almaklumla..skrg nie dah duduk kerja kat sekolah,bru perasan semua 2..Sangat2 berbangga dgn cikgu-cikgu nie,bukan senang nak jd cikgu rupenyer..aisey...

Apr 13, 2010

Pelajar Cemerlang UPSR 2009


Wajah murid-murid cemerlang UPSR 2009(perempuan)

Mar 31, 2010

Mesyuarat PIBG 2010




Mesyuarat PIBG kali ke-8 Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi telah diadakan dengan jayanya.


Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh ibu bapa seramai 104 orang. Agenda majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Shamsul Ma'ruf dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar selaku penasihat PIBG SKBT. Kemudian ucapan oleh En. Kasinathan selaku Naib Yang dipertua PIBG SKBT. Yang DiPertua PIBG tidak dapat menghadirkan diri atas masalah keluarga yang dihadapi.

Seramai 43 murid yang mendapat 5A , 22 orang murid 4A 1B dan 3 orang murid 4A 1C telah mendapat saguhati berupa wang tunai daripada pihak PIBG.

Selepas aktiviti penyampaian hadiah, mesyuarat terus bermula. Pelbagai usul dan cadangan yang diberikan oleh ibu bapa bagi melancarkan lagi perjalanan SKBT.

Berikut dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Sebilangan IBUBAPA yang hadir



GPK sedang berbincang dengan salah seorang AJK PIBG

Sesi pendaftaran pelajar cemerlang UPSR 2009





Naib Yang Dipertua PIBG 2009/2010 En. Kasinathan

Ucapan oleh Tuan Guru Besar En. Abas Bin Bohilan



Ibubapa sedang mendengar perbincangan mesyuarat.

YDP PIBG 2010 En. Mohd Sabri bin Hamzah

En Sapari bin Abdullah juga AJK PIBG 2010

Pn Parimala antara AJK PIBG yang memberi cadangan penambahbaikan.



Mar 30, 2010

Pemberitahuan

Salam semua, untuk pengetahuan ibu bapa dan pelawat-pelawat,
sebarang proses kemaskini laman website SKBT terpaksa
ditangguhkan buat sementara waktu kerana terdapat beberapa
masalah teknikal.Oleh itu,kami menggantikan penggunaan laman
web dengan laman blog ini.

Segala komen atau pandangan boleh dilakukan di laman blog ini ataupun
facebook sekolah.Harap Maklum.

Mar 24, 2010

BAHASA MELAYU


1. Latihan 1

Tajuk : Diri Saya

Arahan : Pelajar diminta membaca ayat2 yang di sediakan
dan menjawab latihan yang dised


2. Latihan 2

Tajuk : Bina Ayat

Arahan : Pelajar diminta membina ayat berdasarkan
gambar yang diberi.




BAHASA INGGERIS


1. Latihan 1

2. Latihan 2

Mar 23, 2010

PROFIL SKBT

SEJARAH SEKOLAH


  • Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi dibina di atas tapak ladang kelapa sawit Ladang Highland mula beroperasi pada 7 Januari 2002 terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang, Selangor.
  • Pada awal pembukaan hanya terdapat 18 orang guru dan 2 orang kakitangan pentadbiran dengan jumlah pelajarnya seramai 291 orang.
  • Menjelang 2003, bilangan pelajarnya mencecah 810 orang, dengan 33 orang guru dan terdapat 22 buah kelas. Terdapat tiga (3) blok utama iaitu Blok A, Blok B dab Blok C.
  • Pn. Hjh.Kamidah Bt Mohd Rantam merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini (2002-2003).
  • Guru Besar yang kedua ialah En. Ahmad Murad Bin M. Thani. (2004-2005)
  • Guru Besar yang ketiga ialah En. Ma’on bin Dasuki. (2005 – 2006)
  • Guru Besar yang keempat ialah En. Abas bin Bohilan (2006 – sekarang)
  • Pada awal pembukaan, terdapat 9 buah kelas yang dibuka. Jumlah ini meningkat kepada 31 buah kelas dan bilangan murid seramai 1050 orang pada tahun 2006.
  • Kini pada tahun 2009 terdapat 30 buah kelas dan seramai 1122 orang murid yang terdiri dari berbilang bangsa.


VISI SEKOLAH


MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG YANG SEIMBANG DARI
SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI, DAN INTELEK






PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


Kami guru-guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang
dengan penuh tekad dan azam, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh tanggungjawab
  3. Menentukan semua murid bersahsiah tinggi iaitu berdisiplin , bertanggungjawab serta menghormati ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.
  4. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar, bersikap adil terhadap murid-murid tanpa mengira faktor sosial, ekonomi dan keturunan.
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang sentiasa bersih, nyaman, indah dan harmonis ke arah pencapaian matlamat sekolah penyayang.
  6. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsive terhadap keperluan pelanggan dengan sentiasa memberi layanan yang saksama.
  7. Bersedia menerima pandangan dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan perkhidmatan dan prestasi sekolah





FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.










Dinner Guru-Guru SKBT 2009

Jamuan Makan Malam SKBT 2009

Tempat : Crystal Crown

Tarikh : 13 Nov 2009

Masa : 8.30 mlm

Aktiviti : Jamuan Makan,Karaoke,Cabutan Bertuah & sesi fotografi


Majlis ini telah diadakan sempena meraikan guru-guru serta kakitangan SKBT yang telah berkhidmat di sekolah ini.Jom layan pic yang diambil ketika majlis blansung....



Ucapan kata-kata aluan daripada En Abas Bin Bohilan, Guru Besar SKBT





Guru Besar beramah mesra dengan guru-guru SKBT



Beberapa aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti cabutan bertuah dan karaoke.




Photographer SKBT & guru-guru yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis.






Mar 22, 2010

Ucapan Perdana Menteri Malaysia





1 Malaysia


Ucapan dari Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Tun Razak.

Sukaneka 2009






Sukaneka 2009 diadakan dengan penuh gilang dan gemilang.

Hari Kanak-kanak SKBT 2009




Hari Kanak-kanak 2009 disambut meriah pada tahun ini. Pelbagai aktiviti dan persembahan telah dijalankan seperti Jamuan, nyanyian dan persembahan tarian murid...



Antara acara yang berlangsung...

Pakaian Beragam
Jamuan Makan
Pesta Air

Mesyuarat PIBG kali ke-8 SKBT


Tempat: SKBT

Masa: 8.30pagi

Tarikh: 28 Mac 2010

Tentatif Program:

Pendaftaran Ahli
Penerimaan Hadiah Murid 5A dan 4A 2009
Acara Perasmian
Mesyuarat Agong PIBG Dimulakan
Mesyuarat dijangkakan tamat pada 12.30pagi
Jamuan Makan untuk semua ibu bapa disediakan dan murid yang mendapat pencapaian terbaik UPSR 2009 disediakan.