May 10, 2010

Sukaneka 2010



4 Mei 2010(Selasa) telah berlansungnya majlis sukaneka 2010.Majlis ini telah berlansung dengan jayanya dan di rasmikan oleh En. Jaberi Bin Ami selaku Mantan YDP Pibg.Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya ialah lerek bola,mysponge bob,bawa bola pingpong dan sebagainya.Terima Kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan tahniah kepada semua pemenang.

Keputusan Sukaneka 2010

Tempat Pertama : Rumah Kuning (116mata)
Tempat Kedua : Rumah Hijau & Rumah Merah (72 mata)
Tempat KetigA : Rumah Biru (70 Mata)

Jom preview gbr2 yg telah di snap oleh jurugbar tegar skbt ketika majlis berlansung.

Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar

Align Center


Apr 25, 2010

Sukan ohhh Sukan!!!!!

Sukan..ohhh..sukan!!!Teringat pulak zaman2 sekolah dlu...
klu time sukan nie,semua mest bz,dr murid-murid sampai la ke cikgu nyer...dlu x perasan sgt sebenarnya,cikgu2 la yg plg bz..Almaklumla..skrg nie dah duduk kerja kat sekolah,bru perasan semua 2..Sangat2 berbangga dgn cikgu-cikgu nie,bukan senang nak jd cikgu rupenyer..aisey...

Apr 13, 2010

Pelajar Cemerlang UPSR 2009


Wajah murid-murid cemerlang UPSR 2009(perempuan)

Mar 31, 2010

Mesyuarat PIBG 2010




Mesyuarat PIBG kali ke-8 Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi telah diadakan dengan jayanya.


Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh ibu bapa seramai 104 orang. Agenda majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Shamsul Ma'ruf dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar selaku penasihat PIBG SKBT. Kemudian ucapan oleh En. Kasinathan selaku Naib Yang dipertua PIBG SKBT. Yang DiPertua PIBG tidak dapat menghadirkan diri atas masalah keluarga yang dihadapi.

Seramai 43 murid yang mendapat 5A , 22 orang murid 4A 1B dan 3 orang murid 4A 1C telah mendapat saguhati berupa wang tunai daripada pihak PIBG.

Selepas aktiviti penyampaian hadiah, mesyuarat terus bermula. Pelbagai usul dan cadangan yang diberikan oleh ibu bapa bagi melancarkan lagi perjalanan SKBT.

Berikut dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Sebilangan IBUBAPA yang hadir



GPK sedang berbincang dengan salah seorang AJK PIBG

Sesi pendaftaran pelajar cemerlang UPSR 2009





Naib Yang Dipertua PIBG 2009/2010 En. Kasinathan

Ucapan oleh Tuan Guru Besar En. Abas Bin Bohilan



Ibubapa sedang mendengar perbincangan mesyuarat.

YDP PIBG 2010 En. Mohd Sabri bin Hamzah

En Sapari bin Abdullah juga AJK PIBG 2010

Pn Parimala antara AJK PIBG yang memberi cadangan penambahbaikan.



Mar 30, 2010

Pemberitahuan

Salam semua, untuk pengetahuan ibu bapa dan pelawat-pelawat,
sebarang proses kemaskini laman website SKBT terpaksa
ditangguhkan buat sementara waktu kerana terdapat beberapa
masalah teknikal.Oleh itu,kami menggantikan penggunaan laman
web dengan laman blog ini.

Segala komen atau pandangan boleh dilakukan di laman blog ini ataupun
facebook sekolah.Harap Maklum.